Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku Terkenangkan Mu Masjidil Haram 7

Wednesday, May 27, 2009

Di musim² haji ni elok juga mengimbau kembali catatan perjalanan Umrahku pada tahun 2007. Teringin rasanya sekali lagi menjejakkan kaki di sana. Moga mendapat jemputanNya sekali lagi. InsyaAllah.





Ikuti entri ulangan kembara Umrahku.

***********************

Aku masih dalam mood membaca buku Travelog Haji tambah pula sekarang memang musim haji. Semalam selepas waktu Isyak aku menyambung kembara pembacaanku. Lebih kurang jam 11.30 malam aku berhenti membaca kerana jariku sudah memberi isyarat ketidakupayaan untuk terus menyelak helaian buku tersebut walaupun hatiku se akan mahu meneruskan kembaraku di Tanah Suci Mekah. Buku itu kini beralih tangan kepada isteriku pula.Isteriku pun ingin turut sama menyusuri kembara ini.

Aku berhenti di muka surat 100 di bab 20 'Hadiah untuk Ibu'. Di helaian muka surat 100 ini menceritakan penulis membantu ibu-ibu tua untuk bersolat sunat berhadapan dengan Kaabah. Dengan mendepakan tangan dan menahan badan, penulis menjerit solat, solat, solat, , apabila ibu tua cuba di rempuh atau di tolak oleh jemaah lain.Setelah selesai solat ibu-ibu ini memandang penulis dengan linangan air mata dan mendoakan kesejahteraan penulis.

Dari pengalaman yang hampir sama yang kulalui, bukanlah satu perkara yang mudah untuk bersolat berhampiran 2-3 kaki dari Kaabah. Kita akan di tolak atau tertolak oleh jemaah-jemaah yang lain yang sedang bertawaf mahu pun yang sedang mencari ruang untuk berhenti bersolat. Masing-masing cuba mendapatkan sudut dan ruang yang terbaik untuk berdoa dan bersolat.

Seperti ibu-ibu itu juga, dengan bantuan anak dan birasku, aku berpeluang menghampiri Kaabah dan bersolat dan berdoa di hadapan Al Mutazam...Alhamdullilah.

Hajjah, hajjah, hajjah, itulah ucapan (pangilan untuk jemaah perempuan) yang kerap keluar dari mulut menantuku meminta laluan di celah-celah ribuan jemaah yang bertawaf agar kerusi rodaku tidak melanggar kaki dan jari mereka.

Sungguh banyak kenangan manis ketika berada di Tanah Suci Mekah. Buku Travelog Haji ini se olah-olah projektor filem yang menayangkan kembali kenang-kenanganku di sana.


Indahnya Masjid Nabawi



Sedikit petikan dari catatan² di entri perjalananku semasa di Mekah.

Air mataku berjurai jatuh tanpa dapat di bendung ketika berdoa mengadap Kaabah. Hatiku sayu dan terharu kerana kedatanganku ke sini ke rumah Allah ini dalam keadaan yang berbeza dari sifat asalku ketika dilahirkan (lumpuh).

*************

Semasa teksi bergerak perlahan melintasi Masjidil Haram, aku menoleh melihat Masjidil Haram buat terakhir kali hingga hilang dari pandanganku. Hati terasa amat sayu meninggalkan Baitullah rumah suci Allah. Berpeluangkah lagi aku datang ke sini ?.

*************

Hari terakhir di Mekah, sebelum bertolak pulang meninggalkan Mekah aku sekeluarga mengerjakan tawaf widaq (tawaf selamat tinggal) selepas sholat zohor. Ketika itu matahari betul-betul berada di atas kepala. Teriknya matahari betul-betul mengujiku hari itu. Aku hampir-hampir tidak dapat menahan kepanasannya.


“Sabar KS cuma satu pusingan saja lagi,” kata birasku cuba untuk menenangkan aku yang sedang gelisah kepanasan.

“Di Padang Masyhar nanti lebih panas lagi pada nii,” sambungnya lagi.

Sebaik selesai sholat sunat tawaf aku meminta anakku menyiramkan air zam-zam keseluruh tubuhku. Pakaianku basah kuyup bermandikan air zam-zam. Barulah reda rasa panas di badanku.

“Ayong tak rasa panas ke masa tawaf tadi?” tanyaku pada anak sulungku.

“Biasa saja, Ayong tak rasa panas pun”.

“Oh patutlah ayah rasa panas sangat, ayah nii banyak dosa,” jawabku sambil tersenyum.

*************

Semasa memilih-milih jubah aku tersenyum bila salah seorang penjual berbangsa arab bercakap melayu denganku.

“Dari Malaysia?, bagus! Anwar Ibrahim baik, Abdullah Badawi baik, Mahatir panas!”

*************

Semasa mencari-cari teksi untuk ke Masjid Quba sekali lagi kesabaranku teruji. Semasa menahan teksi pemandu teksi meminta 30 riyal tetapi bila melihat penumpangnya berkerusi roda tambang di naikkan kepada 35 riyal. Ustaz yang menemaniku agak marah dengan sikap pemandu tersebut dan cuba mencari teksi yang lain.

Oleh kerana masa sudah agak lewat, kami pun menahan sebuah teksi dan pemandu teksi meminta bayaran 40 riyal untuk kesana. Aku bersetuju dengan kadar bayaran yang di minta. Setelah aku di angkat masuk ke dalam teksi, pemandu teksi meminta tambahan bayaran sebanyak 50 riyal dengan alasan kerusi rodaku menggunakan bonetnya. Aku agak marah dengan sikapnya yang tidak menepati janji dan meminta aku di keluarkan dari teksi. Sekali lagi isteriku menyelamatkan keadaan, isteriku memintaku bersabar dan menganggap ini adalah satu dugaan.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP